Loading...

INFORMASI: Tips untuk pilih Kos UPU untuk lepasan SPM, asasi, matrikulasi dan STPM

1.Minat Sudah semestinya minat yang paling utama dalam memilih kos/bidang yang ingin diceburi. Let say, adik-adik sekarang dalam bi...

1.Minat



Sudah semestinya minat yang paling utama dalam memilih kos/bidang yang ingin diceburi. Let say, adik-adik sekarang dalam bidang Sains, mesti nak pilih kos yang berkaitan dengan Sains kan. So, minat itu WAJIB. Macam ada sorang kawan saya ni, pelajar tajaan JPA (untunglah) plan nak ambil Medic(perubatan), bila masuk asasi, dia dah bengong sikit. Pegang katak tak boleh, bedah itu ini rasa geli, tangan bergegar. Dan dia bersyukur sebab dapat masuk PASUM sebab dia sebenarnya tak boleh ambil medic. So, dia isi UPU dalam bidang yang lebih dia minati, iaitu dalam bidang perakaunan. Minat itu penting.

Next, kalau saya pula, sini belajar banyak, tebal lecture note nak baca kalau gabung semua subjek (ada 8 subjek) tinggi menggunung macam gunung EVEREST. Kalau time SPM ok lah kan, because we have plenty of time to make revision and lots of exercise. Kalau sini, assignment berlambak, buat sendiri lah. Tapi mustahil kalau akan buat sendiri. Mesti meniru punya. Awal-awal tu je semangat nak buat sendiri. Haha!


Saya bab menghafal ni tak suka, tapi dulu time sekolah menengah suka sangat nak jadi Medic. Atas sebab apa?


Pertama, kalau ambil medic, people are respecting to us. Adik-adik sebut je apa adik-adik punya bidang, kalau Perubatan, yah! Adik-adik akan dipandang tinggi walaupun adik-adik tak tinggi. Dan anda akan mula mendabik dada. Tak semua, cuma segelintir. Tapi saya suka subjek yang lebih kepada perkiraan dan penciptaan. Disebabkan itu, saya boleh sekarang ambil bidang engineering. Dan sekali lagi, minat itu penting, tak yah nak susah-susah ikut kawan.


2. Keluarga terutamanya Ibu Bapa


Kalau dulu, ibubapa tak kesah kita nak jadi apa. Ingat tak kalau sekolah dulu kita kena suruh isi satu borang. Dekat page paling belakang tu, ada kotak-kotak yang perlu diisi dengan Cita-cita.   Saya time sekolah rendah isi lah konon. Nak jadi cikgu, nak jadi polis, bomba, pemain badminton. Harem! Bila naik sekolah menengah, nak jadi ahli matematik, nak jadi ahli farmasi, doktor, dan pensyarah. Tapi, akhirnya jadi engineer gak.

Sebelum nak pilih mana-mana kos, kena minta restu dari ibu bapa terlebih dahulu. 

3. Peluang pekerjaan


Kalau pasal ni. Ada seorang lecturer kitorang bagi nasihat.


"Kau ambil apa-apa saja kos kau suka. Jangan nak fikir pasal pekerjaan tu. It will come later. Yang penting, kau kena minat dan mendapat restu daripada ibu bapa. Jangan lupa berdoa. Saya pun sejak habis SPM sampai sekarang, tak pernah pula tak dapat pekerjaan. Ada banyak pekerjaan dekat luar sana tu. Cuma korang je yang TERLALU MEMILIH SANGAT. Takut gaji tak besar laa. Takut dipandang rendah lah. Lantak diorang lah. Siapa yang kerja? Kalau bukan kamu, jadi siapa lagi yang nak menceburi bidang ini? Ingat! Rezki tu sudah ditentukan oleh Allah, tapi kita kena cari. Janji pekerjaan itu halal, insyaALLAH, selain mendapat keuntungan di dunia, saham di akhirat juga mampu diperoleh asalkan kita kerja dengan ikhlas."


Masalah rakyat kita, takut gaji tak besar, takut dipandang rendah dan banyak lagi ketakutan yang membayangi diri kita.


Contoh kalau kita jadi ambil kos Bahasa Melayu, orang cakap "Apa lah gunanya." Cakap kat diorang."SO WHAT?" Usah dengar apa yang diorang cakap, just go on with your life. InsyaALLAH dengan usaha yang berterusan, rezeki akan datang kemudian.





Berkaitan dengan satu forum yang saya hadiri baru-baru ini yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya(salah seorang motivator di radio Ikim FM kalau korang perasan laa),pakar mata. Dia cakap, kita tak perlu nak pikir pening sangat pilih pasal kerjaya masa depan. Apa yang penting, kita kena berazam supaya mempunyai keluarga. Selepas ada keluarga, insyaALLAH kehidupan lebih dirahmati dan rezeki will come after that. Trust me! Beliau seorang tokoh pelajar, sebab dia seorang pelajar perubatan. Masa tahun 2 pengajian, beliau dah kahwin (dia seorang wanita. Hehe!). Lepas tu dia dapat best student among hundreds medical student! Nah! Sudah terbukti bahawa dengan adanya keluarga, rezeki insyaALLAH akan datang. Tahun keempat, beliau telah melahirkan anak pertama. Rahsia beliau, selepas kahwin, orang dah tak berani nak kacau dia lagi, sebab dah berpunya. Dan rezki pun datang, shiuuuuu~~ Senang. InsyaALLAH.

Conclusion? Doa selalu agar dipermudah ditemukan jodoh. Kalau tak faham apa saya nak sampaikan ni, sila tanya di ruangan komen. InsyaALLAH kalau boleh jawab, saya jawab.


4. Kewangan

Pasal kewangan? Rasanya takda masalah kalau pasal kewangan ini. Sebab di Malaysia, terdapat pelbagai agensi yang menawarkan biasiswa. Yang paling top, JPA dan MARA lah. Setiap negeri pun mesti ada bantuan zakat kan. Ada Felda. TM. Bank. PTPTN. Dan banyak lagi. So, jangan jadikan alasan takde duit. Bila dah minat, dapat restu parents, dan peluang pekerjaan yang cerah, yeah! Just proceed with your study! Ambil apa sahaja yang adik-adik minat, then cari sponsor. Tapi yang penting, jangan salah gunakan duit yang diberi untuk beli benda-benda yang tak berpatutan.


5. Masa Lapang

"Saya tak boleh lah kalau terlalu study. Sebab rasa terkongkong". Dasar pemalas. Mesti ada masa untuk enjoy juga kan. Takkan nak hidup depan buku je. Melainkan kalau memang dah biasa. 
Sebelum nak pilih kos tu, adik pergi tanya sesiapa yang berkenaan, atau berpengalaman, pasal bidang yang ingin diceburi. Lepas saya tau yang medic punya pengajian sangat-sangat busy. Sebab ada sorang senior cakap kalau amek medic dekat Malaysia, memang sangat-sangat busy! Dan kalau kerja nanti lagi lah busy! Ye lah, kalau pasal gaji tu, memang lah gaji seorang doktor tu tinggi. Tapi nak juga ada hidup yang bebas sikit. Boleh jalan-jalan, lepak ngan kawan.
Oleh yang demikian, adik-adik kena kaji terlebih dahulu prospek kerja, bidang pengkhususan nanti dalam bidang apa, dan boleh ke adik-adik bawak subjek tu?

6. Persekitaran

Ok, pasal ni pula, bukan maksud saya environmental macam tempat atau ape. Tapi persekitaran ni maksud dia, adik-adik pergi tanya kawan-kawan adik-adik, orang sekeliling adik-adik.
"Kau rasa kalau aku ambil kos ni, sesuai tak?"
"Ko nak amek kos ni? Weh, jangan mimpi lah. Hidup pun tunggang langgang, ni kan pula nak amek kos berat. Lu pikirlah sendiri kau dapat angkat ke tak?"

Kira macam tu lah, kita kena tanya kawan-kawan yang tak berapa rapat, sebab kalau rapat, biasanya lah. Depa akan cakap yang baik-baik je kat kita. Hehe! Kalau kawan yang kurang rapat, mungkin je lah. Diorang akan nilai based apa yang mereka nampak. Tapi kalau parents pula jangan ditanya, cuma minta restu je. Sebab kalau parents, diorang akan sentiasa menyokong kita, asalkan kita buat benda yang berfaedah.

Tapi kalau saya, prefer tanya kawan yang rapat, sebab depa tau kita. Hehe! Ikut pengalaman, kawan-kawan suka meluah kat saya. (Apa kaitan? Bangang!), so kira macam ok lah. Boleh berbincang pasal kerjaya, masa depan, pasal kahwin, nak anak berapa. Eh?

7. Istikharah

Saya suka nak bagi ingat kat orang yang kita kena amalkan 4B menurut bekas pengetua kita.
Berazam/Bercita-cita
Berusaha
Berdoa/Bertawakal
Bersyukur


Dapat disimpulkan, kalau kita berazam nak capai sesuatu, kita kenalah follow these FOUR Steps. InsyaALLAH kejayaan bersama kita. Jangan tinggal walau sekali berdoa. Bila pening-pening nak pilih kos mana, istikharah itu penting. Bangun malam, solat sunat istikharah dua rakaat. InsyaALLAH, dengan izin Allah, kita akan dapat kemudahan dan petunjuk dalam memilih bidang yang sesuai dengan kita. Yeah!

Insyaallah tungulah artikel atau post dari kami tentang kos atau bidang dengan secara teperinci
1. kejuruteraan
2.computer
3.perakaunan
4.arkitek
5.asasi
6.matrikulasi
7.stpm
8.perubatan
Informasi 2654495941510978622
Home item

Like Us On Facebook

Alumni On Android

Popular Posts

Followers

Total Pageviews