Loading...

INFORMASI:Kelebihan Berwudhuk

Bismillahirahmanirrahim, Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, Segala puji dan syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T,rabb segal...




Bismillahirahmanirrahim,
Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,
Segala puji dan syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T,rabb segala yang ada di langit dan di bumi,
Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta,Muhammad Al Amin,ahli keluarga baginda,para sahabat dan mereka yang mengikutinya hingga hari yang dijanjikan.

Alhamdulillah,bersyukur kepadaNya atas nikmat yang mencurah tiap-tiap masa,serta dapat diberi ruang untuk mencoret sebuah makalah buat rakan-rakan sekalian.Semalam ana mendengat sebuah slot di radio IKIM.fm yang berkisar kepada kelebihan berwudhu,rupa-rupanya setelah mendengar,baru ana tahu banyak kelebihan apabila kita selalu menjaga dan memperbaharui wudhu kita,buat pengetahuan rakan yang kurang mengetahui makna wudhu,ianya adalah perbuatan membasuh bahagian anggota tertentu pada tubuh badan sebagai syarat untuk melakukan solat dan ibadah lain.

Antara kelebihan kita selalu mengambil wudhu dan menjaganya ialah,para malaikat akan selalu mendoakan keampunan buat mereka yang sering menjaga wudhu dan memperbaharuinya,apatah lagi ketika berada di masjid,berlipat-lipat kali gandalah ganjarannya.Selain itu,melalui berwudhu juga bakteria-bakteria baik yang terdapat di badan kita dapat dikekalkan,ini kerana menurut salah seorang orientalis Barat,mereka mengakui bahawa anggota badan yang dibasuh menggunakan sabun akan menyebabkan bakteria baik hilang,jadi mereka melihat wudhu sebagai satu alternatif bagi mengatasi masalah ini.Maka,tidak hairanlah jika kita melihat kebanyakan anak-anak di sekolah Tahfiz,pondok dan madrasah berwajah bersih dan putih,ini berakar dari aktiviti mereka yang lebih banyak membaca dan menghafal Al Quran yang memerlukan kepada penjagaan dan pengambilan wudhu yang lebih kerap berbanding dengan orang lain.

Kesimpulannya,kita dapat ringkaskan bahawa berwudhu merupakan amalan yang dapat menyucikan anggota tubuh badan kita serta punca kita mendapat keampunan dariNya,jadi sama-sama kita amalkan tidak kira waktu dan tempat,Berwudhu Lebih Baik,

Sumber: fatsiqibillah.blogspot.com
Informasi 3436321579154047822
Home item

Like Us On Facebook

Alumni On Android

Popular Posts

Followers

Total Pageviews