Setiap tahun pelajar asrama SMKDPB akan menyambut maulidur rasul di Masjid Pontian. Pagi-pagi lagi mereka akan berarak beramai-ramai dari pa...
http://alumniasmkdpb.blogspot.com/2013/01/kenangan-tradisi-menyambut-maulidur.html
Setiap tahun pelajar asrama SMKDPB akan menyambut maulidur rasul di Masjid Pontian. Pagi-pagi lagi mereka akan berarak beramai-ramai dari padang mini stadium ke masjid. Setiap tahun juga Ustad Haris akan tersenyum kerana asrama kita sering mendapat hadiah di atas pentas. Oleh itu, bersamaan 24 Januari 2013, kami alumni asrama SMKDPB turut menyambut Maulidur rasul di masjid Pontian. Kami gembira dapat juga menyambut bersama dengan pelajar asrama walaupun kami sibuk dengan pelajaran masing-masing. Kami teringat juga kisah zaman dahulu dimana selepas habis berarak terus pergi makan dan terus lepak di dalam masjid. Itulah budak aspura punya kerja.
|
ALUMNI asrama SMKDPB |
|
Suasana maulidur rasul tahun ini |
|
Kami sempat bergambar dengan adik-adik asrama |